Saturday, 26 May 2012

MAY ALLAH SAVES US ALL FROM FITNAH, MAY ALLAH GIVE US STRENGTH TO OVERCOME TEMPTATIONS AND DESIRES WHICH SHAYTAN WILL WHISPER IN OUR EARs AND PUT ON OUR HEARTS, MAY ALLAH OPEN ALL OF OUR EYES AND MAKE US THOSE WHO ARE SUCCESSFUL IN THIS WORLD AND THE AKIRAH(HEREAFTER), MAY ALLAH GUIDE US ALL TO THE STRAIGHT PATH THAT WILL LEAD US ALL TO JANNATUL FIRDOUSE (HIGHEST LEVEL OF PARADISE)

Thursday, 24 May 2012

Kalau bercinta ♥,
jangan berkepit macam belangkas ♥,
hantar surat berbelas-belas ♥,
SMS berbalas-balas ♥,
masa dating sebelah tandas ♥,
berpeluk-peluk dalam bas ♥,
asyik menjeling dalam kelas ♥,
minum air perghh kongsi segelas ♥.

Bila ada konflik ♥,
haa mula la nak frust ♥,
nak tunai solat pun malas ♥,
tak dapat tumpu study dalam kelas ♥,
waktu result nak keluar tahu pulak cemas ♥,
takut ♥.. exam tak pass ♥,
tup2 awek sendiri kena kebas ♥,
kesian ♥.. melepas ♥.

So ♥,
jadilah couple yang ada class ♥,
berdating ikut lunas ♥,
bergaul ada batas ♥,
jaga maruah dengan tegas ♥,
syariah dijaga dengan jelas ♥,
tutur kata sentiasa beralas ♥,
kalaulah cinta yang dihulur ikhlas ♥,
janganlah bimbang ♥,
cintamu pasti berbalas ♥.

♥ cinta bukan pada c0uple..
♥ cinta bukan pada I ♥ U..
♥ cinta tidak terletak pada I MISS U..
♥ itu semuanya cinta nafsu..
♥ cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijab qabul dilafazkan..
♥ ketika itulah tujuan cinta menjadi kerana Allah..
♥ satukanlah cinta kerana Allah ♥

TIGA HADIS



Hadis 1

Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"

Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?

Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadith di atas menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi Iman.

Kata Abdullah ibn Mas'ud:
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'

Mullah 'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi olah sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah,"


Hadis 2

Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh sampailah dia ke salah satu pintu kabair(dosa besar)."

Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Jangan melengah-lengahkan tiga perkara iaitu:

1.Solat-apabila telah masuk waktunya

2. Pengkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap dan

3. Perkahwinan seorang wanita- apabila sudah ditemui jodohnya."

Ramai orang yang menganggap diri mereka sebagai orang Islam yang mengamalkan perintah Allah dengan bersolat secara menjama'kan solatnya apabila pulang ke rumah hanya dengan alasan mereka dalam perjalanan, berniaga atau bekerja.

Menangguhkan solat sehingga luput waktunya tanpa sesuatu alasan yang kukuh (misalnya uzur) adalah satu dosa besar. Walaupun ia tidak semudharat melengah-lengahkan solat namun berat juga.


Hadis 3:

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda bersabda :
"Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal, tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat".

"Yang senasib dengan orang-orang ini pada hari Hisab adalah kerana amalan-amalan orang yang sesat ini diikuti . Itulah sebabnya solat dilengah-lengahkan.

Dari itu jika seseorang melengah-lengahkan solat kerana tamakkan kekayaan, dia akan menemui nasib Qarun; jika kerana cintakan kedaulatan, maka nasib Fir'aunlah yang diterimanya; jika kerana berhasrat hendak mendampingi seorang raja maka nasib Hamamamlah yang diterimanya; dan jika kerana sibuk dengan berniaga maka nasib Ubay bin Khalaflah yang diterimanya."

Menerima nasib seperti mereka itu dengan jelasnya menunjukkan azab yang pedih sedang menunggu mereka yang melengah-lengahkan solat. Walaupun yang kafir akan kekal abadi menderita azab, sementara yang beriman akan dilepas setelah diazab beberapa tempoh dan akhirnya dibenarkan masuk syurga, namun tempoh azab ini tidak siapa yang tahu, mungkin sampai beribu-ribu tahun lamanya.

Thursday, 10 May 2012

Kisah Akal dan Nafsu



Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Wahai akal menghadaplah engkau.” Maka akal pun menghadap Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.


Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu, menghadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya di neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ” Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku.”

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh karena itu hendaklah kita mengendalikan nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengendalikan kita, sebab kalau dia yang mengendalikan kita maka kita akan menjadi musnah.

INNAN NAFSA LAAMMAROTUM BISSU’

Sesungguhnya nafsu itu membawa kita kepada kejelekan

Thursday, 3 May 2012


AKHLAK YANG MULIA
Oleh Syed Hasan Alatas
Nabi s.a.w.bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan budipekerti yang mulia."(H.R.Ahmad)

Akhlak ataupun budipekerti memegang peranan penting dalam kehidupan manusia. Akhlak yang baik akan  membedakan antara manusia dengan hewan. Manusia yang berakhlak mulia, dapat menjaga kemuliaan dan kesucian jiwanya, dapat mengalahkan tekanan hawa nafsu syahwat  syaitoniah, berpegang teguh kepada sendi-sendi keutamaan. Menghindarkan diri dari sifat-sifat kecurangan, kerakusan dan kezaliman. Manusia yang berakhlak mulia, suka tolong menolong sesama insan dan makhluk lainnya. Mereka senang berkorban untuk kepentingan ersama.Yang kecil  
hormat kepada yang tua,yang tua kasih kepada yang kecil.Manusia yang memiliki budi pekerti yang mulia, senang kepada kebenaran dan keadilan, toleransi, mematuhi janji, lapang dada dan tenang dalam menghadapi segala halangan dan rintangan.

Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia. Akhlak yang buruk akan membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan ummat manusia. Manusia yang mempunyai akhlak yang buruk senang melakukan sesuatu yang merugikan orang lain. Senang melakukan kekacauan, senang melakukan perbuatan yang tercela, yang akan membinasakan diri dan masyarakat seluruhnya. Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya."(H.R.Ahmad)

Manusia yang paling baik akhlaknya ialah junjungan kita Nabi  
s.a.w. sehingga budi pekerti beliau tercantum dalam al-Quran, Allah  
berfirman yang maksudnya: "Sesungguhnya engkau (Muhammad), benar-benar berbudi pekerti yang agung. "Sesuatu Ummat bagaimanapun hebat Kekuatan dan Kekayaan yang dimilikinya, akan tetapi jika budi pekertinya telah binasa, maka Ummat itu akan mudah binasa. Manusia yang tidak punya akhlak, mereka sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan dirinya. Mereka sanggup berbohong, membuat fitnah, menjual marwah diri dan keluarga, malah dengan tidak segan silu lagi dia menjual Agama dan  
Negaranya. 

Saturday, 31 March 2012




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....♥ PALING RENDAHNYA TINGKATAN “SYURGA” ♥Ibnu Mas’ud r.a. berkata : Rasulullah saw. Bersabda : “ Saya mengetahui akhir ahli NerAKa keluar dari NerAKa, dan akhir ahli SyURgA masuk sYuRgA. Yaitu seorang keluar dari NeRAka, dengan merangkak-rangkak, maka Allah berfirman padanya : Pergilah masuk sYuRGa !, maka pergilah orang itu, Tiba-tiba terbayang olehnya seolah-olah Syurga sudah penuh.Allah berfirman : Pergilah masuk Syurga !, maka kembali dia pergi dan didapatkannya seolah-olah Syurga sudah penuh.Maka kembali dia berkata : Ya Rabb, Syurga sudah penuh.Maka Allah berfirman : “Pergilah masuk SyurGa, bagimu di sYurGa sepuluh kali besarnya dunia”. Maka berkata orang itu : Apakah kau menertawakan ( mengejek ) saya ya Rabb, sedang engkau Maharaja. Berkata Ibnu Mas’ud : Maka saya melihat Rasulullah s.a.w. tertawa hingga tampak giginya, sambil berkata : “ Demikianlah serendah-rendah tingkatan ahli SyUrgA ”.( HR. Bukhori & Muslim )Subhanallah....pantaskah hamba masuk didalam nya ya Rabb???T_T PALING RENDAHNYA "NERAKA" T_TRosulullah -solallohu alaihi wa sallam-bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling ringan siksanya diantara penduduk neraka pada hari kiamat adalah seseorang yang bara api diletakkan di telapak kakinya ubun-ubunnya sampai mendidih ”(HR. Muslim)Astaghfirullah....ampunilah hamba Mu yang lemah ini ya Rabb...sungguh hamba tidak akan kuat untuk menanggung siksa Mu

Friday, 23 March 2012

LALAI SUNGGUH HAMBA ALLAH :'(

Beza seorang perempuan dengan seorang muslimah..

Perempuan
Apabila teruna memerhatikannya,Perempuan akan membalas renungan matanyaApapila teruna mendekatinya selangkah,Perempuan datang berpuluh langkah.Apabila teruna memujuk rayu,Perempuan lemah dalam pangkuannya.Apabila teruna memberi harapan,Perempuan hanyut dalam angan-angan.TETAPI SEORANG...



Muslimah
Apabila teruna memandang nya,Muslimah tunduk mengelak dr panah syaitan.Apabila teruna mendekatinya selangkah,Muslimah berundur beribu langkah.Apabila teruna memujuk rayu,Muslimah anggap itulah kalimah iblis.Apabila teruna menutur harapan indah,Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..Akan erti maruah peribadi sejatiYang diselaputi iman yang hakikiYang tidak mudah dicemari. 

Tuesday, 20 March 2012

Kurangkan agenda MENCARI si soleh, tetapi berusahalah MENJADI yang solehah

"HENSEM" VS "SOLEH" 


Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.


Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
...
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?


2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?

11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!

INSYA'ALLAH, AMIN